Saturday, August 14, 2010

permulaan manusia...

nawaitu aku nk bcer paper..
aku pon bcerla da siap landing baek punyee tok bcer paper...
then selak2 cm2 jady skunk neyh de tuh smpai aku xsggp nk bcer kekejaman manusia zaman sekarang makin hari makin menjady2...tgh aku syok2 selak [xbcer pon hehee] aku t'jmpe satu article yg wt aku teruja nk bcer..headlines dye 'ADAM diarak malaikat 100 tahun' aku pon bcer ag....article tuh mengisahkn bagaimana kejadian nabi Adam ataupun permulaannye ciptaan manusia oleh yg maha esa..

Al-kisah....

Pada suatu ketika , Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam , kerana bumi bimbang Adam akan berbuat maksiat kepada Allah. Lalu Jibrail kembali menemui Allah , ia tidak dapat berbuat apa-apa , mendengar sumpah bumi. Kemudian , Allah memerintahkan malaikat Mikail , jawapan bumi tetap sama dan Allah menitahkan malaikat Israfil , tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan yang penuh hampa. Lalu yang terakhir , Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah : 'wahai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan ini di atas perintah dan nama-Ku.'. Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah , bumi akhirnya akur tanahnya di ambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah , dia lalunya kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : 'Ya Izrail, pertama engkau yang kutugaskan mengambil tanah , dan kelak-Ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.' Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman : 'Tidak , mereka tidak akan memusuhimu , aku yang mengaturkannya , dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab , terbunuh , terbakar , atau sakit.'

tanah bagaimana dijadikan Adam?

- tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis
- tanah Bukit Tursina
- tanah Iraq
- tanah Aden
- tanah Al-Kautsar
- tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
- tanah Paris
- tanah Khurasan
- tanah Babylon
- tanah India
- tanah Syurga
- tanah Tha'if

kata Ibnu Abbas :-

- kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis , kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempatnya akal.
- telinganya dari tanah Bukit Tursina , kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
- dahinya dari tanah Iraq , kerana disitulah tempat sujud kepada Allah
- mukanya dari tanah Aden , kerana disitulah tempat berhias dan tempat kecantikan.
- matanya dari tanah telaga Al-Kautsar , tempat menarik perhatian
- giginya dari tanah Al-Kautsar , tempat manis
- tangan kanannya dari tanah Kaabah , untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia
- tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak
- perutnya dari tanah Babylon , disitulah tempat seks [berahi] dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
- tulangnya dari tanah Bukit Tursina , alat peneguh tubuh manusia
- dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan berjalan
- hatinya dari tanah Syurga Firdaus , kerana disitulah iman , keyakinan , ilmu , dan kemahuan
- lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap syahadah , bersyukur dan berdoa kepada Allah

bagaimanakah prosesnya?

- ketika Allah menjadikan Adam , tanah itu bercamour air tawar , air masin , air hanyir , angin , api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macm 'sifat'
- lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman 'Jabarut' kemudian diletakkan di dalam 'Alam Malakut'
- sesungguhnya tanah yang akan dijadikan 'tubuh Adam' adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung , tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah , wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah , dan dirasmi dengan air hujan
'Barul Uluhiyah'
- kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air 'KudralIzzah-Nya' iaitu sifat 'Jalan dan Jammal'. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
- demikian pula roh , ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam , ia malas dan enggan , malah berputar2 , mengelilingi patung Adam yang terlantar.

kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk , akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga , sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia , terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orng kulitnya hitam warna kukunya adalah sama iaitu warna putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah terletaknya di kepala iaitu dua liang mata , dua liang telinga , dua liang hidung , dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah iaitu sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

dijadikan pula lima pancaindera

- mata alat penglihatan
- hidung alat penciuman
- telinga alat pendengaran
- mulut alat perasa [manis , masin , pahit dan sebagainya]
- anggota tubuh lainnya seperti kulit , telapak tangan [untuk merasa halus , kasar dan sebagainya.

selepas roh dimasuk ke tubuh Adam perlahan-lahan sehingga kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Selepas meresap ke kepala Adam , maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melhat ke bawah di mana bahagian tubuhnya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Ketika roh smpai ke hidungnya lalu ia bersin , serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah mengajarnya mengucapkan Alhamdulillah. Itulah ucapan pertama Adam kepada Allah. Lalu Allah berkata : 'Yarkhamukallah' yang ertinya 'semoga engkau diberi rahmat oleh Allah'. Oleh kerana itu jika orng bersin menjadi ikutan sunat mengucap 'Alhamdulillah' dan orng yang mendengarnya sunat mengucapkan 'Yarkhamukallah'. kemudian ketika roh sampai pada dadanya , tiba-tiba saja ia bangun padahal bahagian bawahnya masih lagi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa [tidak sabar]. Sebagaimana firman Allah : 'dan adalah manusia itu , suka tergesa-gesa'. Maka ketika itu rohnya smpai di bahagian perutnya , terjadilah susunan isi perut dengan semmpurna. Maka seketika itu terasa lapar. Kemudian roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam iaitu tangan , kaki lalu terjadilah darah daging dan tulang , urat-urat , berkulit dengan sempurna , kian lama , kian halus dan bagus hasilnya. Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru , maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam kemudiannya diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ke tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

kesimpulannya..

dari kisah ini kita dapat lihat betapa berkuasanya Allah s.w.t dalam mencipta Adam iaitu manusia pertama. Semoga kisah ini serba sedikit memberi keinsafan dan melahirkan kesyukuran dalam diri kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.


potpetpotpet miera aznin
messyfreak

No comments: